Nampaknya pasangan ini bakal bersatu jauh lebih awal dari apa yang di’jangka ramai atau seperti yang di’beritahu kepada para peminat selepas sah bertunang.
Farid Kamil sendiri mengesahkan yang beliau & Diana Danielle bakal bernikah pada 3 November 2012 ini dan setakat ini hanya itu sahaja maklumat yang kami berjaya perolehi.
Pelakon ini menyampaikan berita gembira tersebut ketika majlis tayangan perdana filem terbaru beliau berjudul PE3 dan kami akan bawakan maklumat terkini sejurus kami terima.
“Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle bakal melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini”
“Saya berharap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Farid Kamil, di’petik dari portal hiburan Murai. Tahniah buat anda berdua!