fbpx

Farid Kamil Dan Diana Daniella Ramal Bakal Timang Anak Perempuan

Sudah beberapa kali melakukan imbasan untuk mengetahui jantina cahaya mata kedua yang dijangkakan lahir pada bulan depan, nampaknya Farid Kamil dan juga isteri, Diana Danielle masih tidak dapat mengetahu jantina sebenar anak mereka.

BACA: Farid Kamil Mengaku Terkilan Kontroversi Melanda Diana Danielle

“Sudah beberapa kali kami pergi scan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan tetapi sehingga kini masih tidak nampak dengan jelas lagi alat sulitnya. Bagaimanapun, lelaki atau perempuan kami tidak kisah asalakan bayi sihat sahaja cukuplah,” jelasnya kepada portal Murai.

Bagaimanapun, selaku suami dan juga bapa, Farid sendiri merasakan terdapat perubahan yang ketara pada isterinya lebi-lebih lagi apabila melibatkan tubuh badan Diana yang berbeza ketika melahirkan anak pertama mereka.

“Daripada susuk tubuh Diana memang nampak sangat berbeza berbanding waktu dia hamilkan Muhammad. Jadi saya seperti menjangkakan dia sedang hamil anak perempuan. Kalau benar saya suka sangatlah kerana saya sendiri memang idamkan anak perempuan untuk anak kedua ini,” katanya. (rtky/s)