Farid Kamil Nak Peluk, Diana Danielle Tepis
Pelakon Farid Kamil berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu kerana masih sayangkan perkahwinannya dengan, aktres Diana Danielle.
Memetik BH Online, Farid bukan saja membawa bunga mawar dan sebentuk cincin untuk memenangi kembali hati isterinya, malah dilihat cuba memujuk Diana di luar dewan bicara mahkamah pagi tadi.
BACA: “Itu Semua Fitnah” – Diana Danielle Nafi Curang
Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan ketika sesi memujuk itu dilakukan apabila Farid cuba memeluk, Diana menepis dan beredar dalam keadaan marah. Diana yang kelihatan marah ditenteramkan oleh peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika itu.
Difahamkan, jambangan bunga mawar dan cincin yang dibawa oleh Farid sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 juga tidak diambil oleh Diana.
Sebelum ini, Farid yang ditemui hari ini mendakwa kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya.
Bagaimanapun, Diana menafikan perkara itu serta mengatakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya dan jika benar dia curang mengapa aktor itu membelikan cincin serta membawakan bunga untuknya.
- SUMBER
- bh Online
Farid Farid apa yang kau dah buat sampai Diana benci betul kat kau ni. dah nampak nekad sangat tu nak buang kau dalam hidup dia tu… uwarghh semoga baik baik semuanya
Alamak! Sikit punya MALU mamat hidap dadah ni! Nak tunjuk ‘romantik’ konon. “Bagaikan monyet nak beri bunga”. Dengan cincin begitu. LEKEH benar Farid ni. Tengah stim ka?
Kalau Diana terima dan biarkan di peluk, nampak murahan benar. Tapi DD menunjukkan bahawa dia ada pendirian.
Berbeza dengan Puteri Sarah, aku respect dan sokong Diana ni 100%
Virus gila talak Samdol dah berjangkit ke ni???
org dah taknak, ko lak tehegeh2…kekeke
Sedih nengok.. Diprmudahkn segala urusan kamooo
Bagi aku ada jugak dia usaha nokkk! Pada Samdol bongkak habis bezday anak pun tak datang! Farid mau jugak rindu lagi sama anak tapi tak dikasi tengok sama Diana. Byk lerr mat gian aku jumpa syg anak kaw2. Yg otak herlok buang anak kaw2. Terbalik dunia ya.
saya nak tahu, kenapa kalau pergi mahkamah ,mesti berwarna hitam.
mmg nmpk sgt diana benci yg amat sgt pd farid. semoga urusan dipermudahkan.