Pelakon Farid Kamil tetap positif untuk membawa isterinya, Diana Danielle serta anak-anak mereka pulang ke kampungnya di Kedah untuk menyambut Hari Raya Haji pada Jun ini.
Memetik Harian Metro, Farid berkata dia akan berusaha mencari jalan apatah lagi dia sangat berharap dapat kumpul bersama keluarga di kampung.
BACA: Farid Kamil Bahagia & Ceria Mandi Manda Bersama Anak-Anak
“Saya berharap sangat ingin membawa isteri dan anak-anak pulang ke kampung untuk kami meraikan Aidiladha kali ini bersama-sama sebagai satu keluarga.
“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa, jadi untuk itu saya akan berusaha mencari jalan membawa mereka balik merayakan Aidiladha nanti,” katanya.
Hari ini, Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) dengan isteri, Diana Danielle berhubung hadanah interim dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Sebelum ini, Farid berpeluang meraikan Hari Raya bersama anak sulung, Muhammad selama seminggu di Kedah.