fbpx

Farid Kamil: Kami Reka Baju Nikah Sendiri & Bakal Nikah Dalam Taman

Sejurus selepas pasangan ini umumkan bakal bernikah pada 3 November nanti, ramai yang menyifatkan keputusan mereka ini sebagai sesuatu yang terburu buru.

Farid Kamil bercakap kepada Berita Harian mengatakan yang beliau tidak menganggap keputusan itu sebagai tergesa gesa selain mengakui November merupakan bulan istimewa.

Diana Danielle menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan tersebut & Farid Kamil berniat untuk meraikan sambutan kali ini dengan ikatan perkahwinan antara mereka. Sweet!

Pasangan ini mendedahkan yang mereka akan bernikah pada pagi 3 November nanti di Hotel Flamingo Ampang & memilih taman di pinggiran tasik sebagai lokasi untuk bernikah.

“Majlis akan diadakan pada sebelah pagi di tasik dan taman di Hotel Flamingo dengan tema & konsep hasil idea bersama juga rekaan busana pengantin juga sentuhan kami sendiri”

“Bukan tidak percayakan orang lain, cuma bagi saya, ini hari bersejarah yang kami mahu ingat sampai bila-bila. Ia juga lebih bermakna apabila kami berdua terbabit secara langsung dalam membuat persediaan,” jelas Farid Kamil.