fbpx

Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan, Netizen Minta Diana Danielle Tabah

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), Januari tahun lalu.

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dan peminat yang mula membanjiri ruangan komen Instagram Datin Diana Danielle.

BACA: Farid Kamil Dihukum Penjara 9 Bulan

Rata-rata netizen meminta agar Diana tabah menghadapi ujian tersebut. Tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan nasib Diana dan anak-anak yang terpaksa beraya tanpa suami dan bapa disisi.

Semalam, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Mahkamah juga tidak membenarkan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman dan Farid menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.