Farid Kamil Dihukum Penjara 9 Bulan
Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), Januari tahun lalu.
BH Online melaporkan, hukuman djatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham, selepas Farid Kamil yang sepatutnya tampil untuk membela diri hari ini memilih untuk berdiam diri.
BACA: Beri Bukti Palsu Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM2,000
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah
Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
Mengikut laporan, Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.
- SUMBER
- BH Online
Kasi buang pangkat datok datin.aku xfhm tul apasal masih nak pakai title tu.sbb org camnila darjat tu takda nilai.
Datuk Seri Anwar Ibrahim punya pamgkat xde pulak kna tarikkan? Ada double standard dlm sistem rule of law kita ni.
Ehh tarik Pok Jib punya la.. satu dunia dia kencing. Boss korang bacing!!
Gelaran najib rosmah kena gantung.tak sabar tunggu kena tarik balik.apa yg dia buat kat tun kena batang idung sendiri
Toksah terkejut sgt aìh, amik dadah, pukul orang/ polis, apa yg tkejut nyeee!
9 bulan jerrrrrrr.. Mengandung 9 bulan ke camne…
bertabah lah dato
Dato xleh pakai..
Sian Datin Diana… ?
Selamat beraya dalam penjara Datuk! Makin “sayang” la mak mertua kat Datuk lepas nih.