New Strait Times melaporkan, pelakon Farid Kamil mengaku bersalah atas tuduhan memberikan keterangan dan bukti palsu dalam laporan polis yang dibuat berhubung kes dadahnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Menurut laporan polis yang dibuat pada Februari tahun lalu, Farid mendakwa dia telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang meletakkan dadah di dalam minumannya.


BACA: Farid Kamil Akui Penat Turun Naik Mahkamah

Dalam laporan itu, Farid menjelaskan kekerasan yang dilakukannya itu disebabkan oleh kesan minumannya yang dicemari dadah hingga membuatkan dirinya tidak waras.

Antara nama yang dikiatkan ialah Taj Innuendo, Osh Firdaus dan pelakon Sofi Jikan. Pengakuan besalah Farid itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Taj Innuendo.



Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Diana Danielle itu turut menghadapi pertuduhan lain yang masih lagi dibicarakan di mahkamah termasuklah tuduhan mendatangkan kecederaan kepada orang awam dan anggota polis dan penyalahgunaan dadah.