Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu hari ini.

Memetik mStar Online, Farid melafazkan talak menerusi panggilan video berikutan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.


BACA: Diana Danielle Harap Kemelut Rumah Tangga Segera Berakhir

Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan berkata pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju untuk melafazkan talak.

Katanya lagi, Farid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dimana mengalami kesan sampingan setelah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

“Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19. Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik,” katanya.


Terdahulu, Diana memfailkan tuntutan cerai pada Mac lalu bagaimanapun Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu.

Farid dan Diana mendirian rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad serta Nur Aurora.