fbpx

Diana Danielle Harap Kemelut Rumah Tangga Segera Berakhir

Pelakon Diana Danielle berkata dia berharap kemelut rumah tangganya bersama suami, aktor Farid Kamil akan berakhir secara baik pada Khamis ini.

Memetik mStar Online, Diana berkata dia tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan suami demi anak-anak andai ditakdirkan mereka berpisah.

BACA: Diana Danielle Pula Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil

“Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturahim kami. Saya doa kami capai kata sepata. Ending yang baik, doakan.

“Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan InsyaAllah saya bersangka baik,” katanya.

Hari ini Diana hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim (hak penjagaan) kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Khamis ini merupakan sebutan semula proses hakam pasangan tersebut yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.