Farid Kamil, Diana Danielle Dah Rujuk 31 Ogos Lalu
Pelakon Farid Kamil mendedahkan dia sudah pun rujuk semula dengan isterinya, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu selepas bercerai talak satu 10 Ogos.
Perkara itu disahkan oleh Farid menerusi temu bual bersama Melodi serta mengatakan perkahwinan mereka dapat diselamatkan dengan izin Allah.
BACA: Dah Rujuk Semula? Diana Daniel Serahkan Kepada Farid Buat Pengumuman
@melodiberapi Alhamdulillah semua rasa happy dengan berita ini.. #meloditv3 #fyp??viral #ceritaartismalaysia #panas #faridkamil #dianadanielle #love #rujuk
“Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Alhamdulillah, dan isteri kembali rujuk pada 31 Ogos 2023.
“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan agama supaya dapat membimbing anak-anak,” katanya.
Menurut Farid lagi, sepanjang tempoh perceraian, dia dan Diana mengambil masa untuk muhasabah diri untuk menilai semula perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
- SUMBER
- Melodi
Semoga baik2 aja…Alhamdullilah. Sayang cute couple anak pun comel2.
Alhamdulillah dah berjodohan kembali.Farid ni sgat syg kat DD.. Bagus..Berusaha utk berubah demi DD. Dan tiada orang ketiga..Hanya DD dihatinya..
Alhamdulillah, Syabas buat pasangan…bukan dok burukkan isteri terus terusan..muhasabah dan perbaiki itu penting. At last some good news….instead of berita sampah penyondol, laki yg tak sedar diri and sibuk2 defend penyondol dari isteri sendiri….
Been there done that. Betul kata DD, kadang2 rasa sakit kehilangan tu yang kita kena rasa. Lepas dah rujuk, dua2 selalunya memang akan berusaha ke arah lebih baik. Goodluck to you both :)
Alhamdulillah. This is really amazing news!
Torbaek. Tahniah both dan anak2
alhamdullillah.. mgayg baik baik aje untuk kalian… mga suami ambik iktibar sama2 untuk kebaikn. farid hargai la diana yg bnyak bkorban.
Alhamdulillah syukur. Farid Kamil setia pada DD. Hargailah pengorbanan isteri. Kepada FK, kena pandai pilih kawan. Salah pilih kawan, badan pun binasa. Terbaikk FK dan DD!!