fbpx

Farid Kamil Dedah Isteri Masih Trauma Dipukul

Sejak semalam, perkongsian pelakon dan pengarah Farid Kamil di Insta Story seolah menyindir seseorang yang mengasari wanita menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian, Farid berkata individu tersebut mempunyai rekod mengasari wanita sejak tahun 2005 sehingga 2020 namun tiada tindakan sehingga kini

BACA: Diana Daneille Dedah Bengkak Tengkuk Di Pukul Bekas Kekasih

Dalam perkongsian lain, Farid berkata individu yang dimaksudkan adalah seseorang yang memukul isterinya, Diana Danielle pada tahun 2005.

“Untuk rekod, ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005. Buat laporan tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali.. sindir Pak Abu,”tulisnya.

Dalam entri lain, Farid mendedahkan isterinya masih terkesan dan trauma dengan insiden dipukul oleh individu berkenaan.

“Trauma sampai sekarang. Kesian, tak ada siapa boleh back up orang trauma ni tau Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi.

“Ambil gambar senyum dengan gigi palsu tu,jari tunjuk atas..? Macho ke pukul wanita ni Dol…” tulisnya.

Sementara itu, Farid mengatakan wanita penuh kelembutan dan sepatutnya dihormati bukan dikasari serta menakutkan mereka.