fbpx

Diana Daneille Dedah Bengkak Tengkuk Di Pukul Bekas Kekasih

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle dijemput sebagai tetamu dalam sebuah podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh rakan artis Amelia Henderson.

Menerusi podcast tersebut, Diana mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul seorang bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil.

BACA: Aksi Babak Peluk Aiman Hakim & Diana Danielle Dikritik Netizen

Menurut Diana, belakang tengkuknya bengkak kerana dipukul oleh bekas kekasihnya dan gembira apabila tidak lagi berada dalam perhubungan toksik tersebut.

@stusemdiobang

@Diana Danielle advice for those who are in abusive relationship #studiosembang #ameliahenderson #dianadanielle #podcast #fyp

? original sound – sembang with amelia – sembang with amelia

“Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.

“Saya didera secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu ‘sentuh’ saya kali pertama.

“Saya sangat gembira tidak lagi berada dalam perhubungan itu. Sesiapa sahaja (mana-mana lelaki) letak tangan di anggota badan anda, tolong keluar daripada hubungan toksik itu,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata lagi apabila seseorang lelaki itu mengasari kaum wanita ianya tiada kompromi. Ujarnya lagi, selepas dia berkenalan dengan suaminya, dia lebih tenang serta mendedahkan dia yang mula-mula jatuh cinta dengan Farid.

“Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan.

“Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi. Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love (itulah cinta),” katanya.