fbpx

Farid Kamil Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangaa pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Terbaru, Farid mendakwa ada bukti bergambar isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle curang.

Memetik Harian Metro, Farid bagaimanapun enggan mendedahkan kepada umum sebaliknya akan menunjukkan di mahkamah.

BACA: Farid Kamil Nak Peluk, Diana Danielle Tepis 

“Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah,” katanya.

Semalam, Farid mendedahkan keretakan rumah tangga bersama Diana berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Menurutnya, dia mendakwa menghidu mengenai kecurangan isterinya sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Diana menafikan dakwaan suaminya sebaliknya mendakwa masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya.

Dalam pada itu, Farid enggan mengulas mengenai hal peribadi, isteri serta anak-anaknya yang boleh mengaibkan mereka.

“Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama islam,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan Diana tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.