fbpx

Perkongsian pelakon Farid Kamil menjadi perhatian ramai apabila memuat naik petikan mengenai kecurangan dalam Insta Story miliknya pada Ahad lalu.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, petikan itu menulis curang adalah jalan yang dipilih oleh seorang individu dan bukan perbuatan yang tidak disengajakan.

BACA: “Rasa Cinta Terhadap Awak Sudah Pudar” – Diana Danielle

“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan Manakala, kesetiaan ialah tanggungjawab dan bukan pilihan,” tulis petikan itu.

Bagaimanapun, Farid tidak memberi bayangan petikan itu ditujukan kepada mana-mana pihak.

Sebelum ini, isterinya Diana Danielle dilihat seolah memberi bayangan di Insta Story bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.

Diana berkata rasa cintanya juga sudah pudar dan tidak lagi boleh menanggung kesakitan dan membiarkan dirinya terus dilukai.