fbpx

Farid Kamil Akui Penat Turun Naik Mahkamah

Tahun lepas menyaksikan Farid Kamil berhadapan dugaan besar apabila ditahan pihak polis dan berhadapan empat pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan kepada orang awam dan anggota polis.

Dalam temubual terbaru, Farid Kamil mengakui yang beliau terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran di luar negara bersama isterinya selain penat menjalani perbicaraan di mahkamah.

“Sekarang saya masih dalam perbicaraan. Kami telah memohon penangguhan tarikh memandangkan peguam bela yang mewakili saya dalam kes ini masih belum sembuh (selepas mengalami kemalangan). Saya amat berharap proses perbicaraan berjalan dengan lancar”

“Saya terlalu penat untuk melalui proses naik turun mahkamah. Malah, akibat kes ini banyak urusan peribadi dan kerjaya seni telah tergendala. Seperti ramai sedia maklum, saya dan Diana merancang untuk menyambung pengajian ke luar negara. Agenda ini akan tergendala sehingga proses perbicaraan selesai”

“Sekiranya gagal untuk mendapatkan pasport, saya terpaksa membenarkan Diana sahaja ke luar negara untuk meneruskan pengajian,” jelas Farid Kamil.

Beliau turut berkata yang mereka bercadang untuk menyambung pengajian di sebuah akademi seni di Los Angeles namun masih menunggu keputusan mahkamah berhubung status passport beliau. (rtky/m)