fbpx

Fareeda Keluarkan Tudung DC Comics Super Heroes

Sekarang ini dah banyak jenama tudung di Malaysia dan boleh dikatakan persaingan sengit itu membuatkan syarikat tudung di Malaysia berlumba-lumba untuk tampil unik dan lain dari yang lain.

Terbaru, syarikat tudung popular, Fareeda memperkenalkan koleksi tudung terbaru mereka berkolaboari dengan DC Comics Super Heroes.

Menerusi akaun Instagram, Fareeda mengeluarkan tiga koleksi rekaan tudung terbaru mereka yang terdiri daripada adiwira kegemaran ramai iaitu Batman, Superman dan Wonder Woman.

Ketiga-tiga koleksi tudung itu menggunakan warna utama tiga adiwira tersebut dan terdapat logo bertatah kristal di bahagian tengah hadapan kepala.

Rata-rata netizen teruja dengan koleksi tersebut dan tak sabar untuk mendapatkannya. Namun, ada juga yang berasa sangsi sama ada benar atau tidak tentang kolaborasi tersebut.

Tidak kurang juga ada yang meminta Fareeda untuk mengeluarkan tudung adiwira Malaysia seperti Badang, Keluang Man dan Cicak Man.

Jika anda berminat untuk dapatkan koleksi tersebut, ianya boleh didapati bermula 17 Mei hingga 13 Jun 2018 di Johor Bahru City Square, Johor Bahru, Johor.