Beberapa hari lalu perkongsian pelakon Nur Fazura kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos.
Namun, apa yang mencetuskan tanda tanya, Fazura dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak perempuannya namun tiada gambar suaminya, Fattah Amin.
BACA: Fazura Tonton Konsert Adele Di Jerman, Netizen Tanya Mana Fattah Amin
View this post on Instagram
Turut menjadi perhatian Fazura dilihat memuat naik klip persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark dan babak filem ‘Crazy Rich Asians’ memaparkan watak Astrid Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menganggap ianya sangat menyedihkan dan babak dikongsikan seolah sudah jadi pentunjuk.
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan gambar jambangan mawar merah jambu putih yang berselerek dipukul ombak.
Susulan gambar tersebut ada netizen mendakwa dengan mengingatkan kembali Fattah pernah memberi Fazura 500 bunga ros merah jambu putih.