fbpx

Peluk Cium Anak Bujang, Zarina Zainuddin Ditegur Jaga Batas

Sering berkongsikan momen indah bersama anaknya, Muhammad Razil Azrai atau Azil yang juga merupakan seorang autisme, bagaimanapun tindakan pelakon Zarina Zainuddin mencium anaknya mengundang kurang senang netizen.

Menerusi satu video dikongsikan oleh Zarina, seorang netizen menegur tindakannya itu yang dilihat memeluk dan mencium anaknya serta mengingatkan tentang batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.

BACA: Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Menantu Kahwini Anak Autisme

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga,” tulis netizen berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri dengan teguran individu berkenaan, Zarina membalas komen tersebut dengan mengatakan bahawa anaknya tidak mempunyai nafsu seperti yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menyokong tindakan Zarina yang membelai dan dan memelihara Azil dengan penuh kasih sayang apatah lagi anak lelakinya itu merupakan insan istimewa.

Zarina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 24, Muhammad Naim Azrai, 17, dan Muhammad Adam Azrai, 14.