fbpx

Farahdhiya Teringin Ada Anak, Sedia Berkahwin

Kesibukan diri dengan kerjaya sebagai seorang selebriti membuatkan Farahdhiya tidak mempunyai masa untuk mencari cinta hati namun dirinya akui bahawa beliau sebenarnya teringin untuk mempunyai anak serta mendirikan rumah tangga. Malah kali terakhir beliau bertemu seseorang yang istimewa juga hampir setahun lepas namun mendapati tiada keserasian diantara mereka.

BACA: Diperdaya Ejen Pelacuran, Farahdhiya Lantik Pengurus

“Rasanya kali terkahir saya keluar bersama lelaki adalah sejak 10 bulan yang lalu. Itu pun sekali atau dua saja kerana tiada keserasian diantara kami. Kemudian apabila sudah sibuk bekerja, masa rehat saya banyak dihabiskan di rumah melakukan aktiviti seperti memasak dan bersenam. Sehinggakan kawan baik saya sendiri bising suruh saya keluar berjalan-jalan.

“Sejujurnya saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya pun teringin nak ada anak. Kawan baik saya semua sudah berumah tangga. Cuma sekarang ini saya sudah tidak larat nak berdating bertahun-tahun. Saya banyak membuang masa sebelum ini. Jika sudah jumpa yang serasi, saya mahu teruskan dengan ikatan yang sah,” katanya kepada Berita Harian Plus

Sementara itu, Farahdhiya turut menyangkal dakwaan bahawa dirinya sukar didekati kerana anggapan orang ramai mengatakan beliau seorang wanita high maintenance. Namun jelasnya, beliau sebenarnya seorang wanita yang sangat sederhana dan dirinya yang dilihat dalam kaca televisyen itu hanyalah di dalam dunia glamor dan berbeza dengan dirinya yang sebenar. (rkty/w)