fbpx

Diperdaya Ejen Pelacuran, Farahdhiya Lantik Pengurus

Sebelum ini, penyanyi dan juga pelakon, Faradhiya pernah menceritakan bagaimana dia nyaris ditipu oleh ejen pelacuran yang bergerak dengan menggunakan nama selenbriti. Tidak mahu perkara sama berulang kembali, Faradhiya kini sudah pun melantik pengurus.

BACA: Farahdhiya Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran

“Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran. Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, menurut penyanyi ini, rezekinya kini lebih tertumpu kepada bidang nyanyian selepas dia berjaya menduduki tempat kedua pada program Gegar Vaganza 2 lalu.

“Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi. Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu,” katanya. (rtky/s)