fbpx

Farahdhiya Sambut Cabaran Bertudung Pada Bulan Ramadan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bila tiba sahaja bulan Ramadhan pasti ramai selebriti tampil mengenakan hijab. Terbaru Faradhiya pula tampil bertudung kerana tertarik dengan cabaran bertudung yang tular di media sosial.

BACA: Bersuara Isu Zamani, Farahdhiya Dikecam Peminat

“Sudah tentu saya pakai tudung atas kerelaan sendiri. Tetapi saya minta orang ramai untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana saya masih belum bertudung. Saya berhijab bukan sebab ada mimpi atau apa”

“Sebaliknya terbuka hati selepas melihat cabaran di laman sosial. Tak berani cakap akan mengenakan hujab sepanjang Ramadhan. Saya berharap netizen tak marah jika ternampak saya tidak berhijab nanti,” katanya.

Terdahulu Farahdhiya telah memuat naik beberapa gambarnya bertudung ketika menyambut ulangtahun kelahiran bersama rakan-rakan. Selain itu, Farahdhiya juga turut mengenakan hashtag #RamadanHijabChallenge.

Rata-rata peminat juga turut memuji kecantikan Faradhiya yang tampak ayu mengenakan hijab. Selain Farahdhiya, Fazura, Zizi Kirana dan beberapa selebriti lagi turut berhijab di bulan Ramadhan. (rkt/w)