fbpx

Bersuara Isu Zamani, Farahdhiya Dikecam Peminat

Menerusi kemaskini terbaru menerusi Twitter, penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa tidak adil terhadap layanan yang diterima Zamani di pentas Gegar Vaganva baru baru ini.

Farahdhiya memaklumkan ianya adalah sesuatu yang tidak adil memberikan imuniti dari tersingkir kepada Zamani buat peserta lain yang memberikan persembahan jauh lebih baik pada malam itu.

BACA: Penganjur Tidak Endah Permintaan Zamani Untuk Tarik Diri?

Namun, ada peminat yang tidak bersetuju dengan pandangan Farahdhiya ini selain menganggap beliau mempersoal rezeki Zamani pada malam itu yang diselamatkan oleh penaja Gegar Vaganza.

Peminat turut mempertikai kenyataan tersebut dengan mengatakan Farahdhiya pernah mengalami perkara sama ketika menyertai Gegar Vaganza yang lepas namun terpilih ke peringkat akhir walaupun persembahan terjejas kerana kesihatan.

Kami berharap ada penyelesaian untuk isu ini yang sudah masuk hari kedua menjadi perdebatan ramai. Khabarnya Zamani sendiri akan tarik diri tidak lama lagi, betul ke? (rtky/m)