Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah dan juga suami Mohamed Amirul Yunus yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada pagi semalam. Perkara itu dimaklumkan oleh Farah menerusi Instagramnya.
Farah memaklumkan dia selamat melahirkan bayi lelaki dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Fara memberitahu dia akan berkongsikan nama dan wajah anak sulungnya itu apabila sampai masanya nanti.
BACA: Farah Nabilah Alami Alahan Teruk, Nak Muntah Tengok Ayam
“Assalamualaikum semua. Syukur alhamdullilah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,” tulisnya.
Dalam pada itu Farah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan proses kelahiran cahaya mata pertamanya dan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Farah mendirikan rumah tangga Mohamed Amirul yang merupakan seorang juruterbang 20 Disember 2019 selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta.