fbpx

Farah Nabilah Alami Alahan Teruk, Nak Muntah Tengok Ayam

Usia kandungan kini mencecah lima bulan, Farah Nabilah berkongsikan dia mengalami alahan teruk di awal kehamilan. Menurut Farah, dia langsung tidak boleh tengok ayam dan pasti akan rasa mahu termuntah apabila melihatnya.

Tidak menyangka dirinya bunting pelamin dan dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh singkat, bagaimanapun Farah meluahkan rasa syukur kini tidak lagi berdepan dengan alahan teruk.

BACA: Farah Nabilah Umum Hamil Anak Pertama

“Tengok ayam pasti rasa nak muntah. Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.

“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya kepada Harian Metro.

Mengetahui dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu, Farah berkata dia dan suami sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus menimamg cahaya mata.

“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.

“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Farah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu di Royale Chulan Damansara dengan menerima RM77,777.77 sebagai wang hantaran.