fbpx

Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri Juruterbang

Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selepas tujuh tahun bercinta dengan sekali lafaz jam 9.04 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.

BACA: Farah Nabilah Bakal Kahwin Juruterbang Disember Ini

Pada majlis yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu, Farah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran bernilai RM77,777.77 serta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi, masing-masing esok dan 28 Disember. Pasangan berkenaan juga sekali lagi akan diraikan dalam majlis berbeza, 5 Januari depan.