fbpx

Farah Nabilah Bakal Kahwin Juruterbang Disember Ini

Pelakon yang semakin meningkat naik Farah Nabilah mengumumkan bahawa dia bakal bernikah pada tanggal 20 Disember ini bersama pasangannya Mohammed Amirul Yunus, yang merupakan seorang juruterbang.

Menurut Farah, pihaknya akan mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pada 28 Disember manakala di sebelah pihaknya (perempuan) akan diadakan pada 5 Januari 2020.

BACA: Farah Nabilah Kini Kekasih Hati Zul Ariffin?

“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan perhubungan kami daripada pihak umum. Ini kerana ibu bapa saya tidak mahu saya terlalu menghebahkan kerana perkara yang masih belum pasti.

“Bila dah masuk fasa lebih serius seperti ini baharulah saya maklumkan kepada umum.

“Kami diperkenalkan oleh kawan baik saya, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi dia tidak berputus asa dan akhirnya dapat menambatkan hati saya,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, Amirul berkata senyuman manis Farah menambat hatinya untuk berkenalan dengan lebih rapat denga aktres tersebut.

“Saya tertarik dengan senyuman Farah dan selepas berkahwin saya tidak halang dia untuk teruskan kerjaya seni,” ujarnya.

Difahamkan, majlis hari bahagia pasangan itu akan diadakan di sekitar Lembah Klang dan akan dimaklumkan lagi selepas ini. (rtky/h)