Sejak kebelakangan ini, perkongsian foto pelakon Farah Nabilah menjadi perhatian ramai apabila dilihat sering mengenakan selendang.
Bagaimanapun, video terbaru pelakon itu menjadi bualan apabila Farah dilihat mengenakan tudung sepenuhnya. Menerusi video tersebut, Farah memakai baju dan tudung berwarna hitam sedondon.
BACA: Farah Nabilah Dikritik Biar Anak Makan Sendiri Roti Bakar
View this post on Instagram
Penampilan pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang memuji Farah yang manis berhijab penuh serta mendoakan agar kekal istiqamah. Farah turut mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan kata-kata yang baik untuk dirinya.
Terdahulu, ramai selebriti wanita berhijrah dengan mengambil keputusan untuk tampil berhijab sempena Maal Hijrah, antaranya Izara Aishah, Elizad, Betty Rahmad dan Nana Mahazan.