fbpx

Farah Nabilah Dikritik Biar Anak Makan Sendiri Roti Bakar

Baru-baru ini, pelakon Farah Nabilah ada berkongsikan video mengenai perkembangan anaknya, Andre Omar yang kini sudah mencecah 6 bulan.

Menerusi video tersebut, Andre dilihat sudah pandai makan sendiri dan cukup berselera menikmati roti bakar yang disapu dengan buah Avocado.

BACA: Suami Farah Nabilah Dipuji Tolong Isteri Bertungku

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan tindakan Farah dengan mendakwa memberikan makanan bertekstur keras kepada anak lelakinya itu. Malah, ramai yang bimbang tindakan pelakon itu boleh membahayakan keselamatan anak kecilnya.

Namun, ada yang menyokong tindakan Farah dan sebagai ibu dia lebih tahu apa yang sesuai untuk anaknya dan perlukan pemantauan.

Farah mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Amirul pada 20 Disember 2019 dan selamat melahirkan Andre pada 22 Oktober lalu.