fbpx

Farah Nabilah Umum Hamil Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada Farah Nabilah dan suami, Mohamed Amirul Yunus  yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Tuah ‘bunting pelamin’, Farah mengesahkan usia kandungannya kini hampir mencecah lima bulan. Berita gembira itu turut dikongsikan Farah menerusi akaun Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki Allah.

BACA: Suami Farah Nabilah Didakwa Cederakan Pramugari?

https://www.instagram.com/p/CBPhPVRpUq7/?utm_source=ig_embed

Farah berkata dia sudah pun membuat membuat pemeriksaan dan imbasan jantina bayi berkenaan dan dijangka bersalin pada akhir Oktober atau awal November depan.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia dan suami tidak menjangkakan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam tempoh singkat. Mengenai soal jantina anak, dia dan suami tidak kisah tentang perkara itu, asalkan anak mereka dalam keadaan sihat.

“Tidak sangka saya bunting pelamin… Alhamdulillah, rezeki datang awal. Soal jantina anak, saya dan suami tidak kisah, asalkan bayi sihat,” katanya kepada BH Online.

Kongsi Farah lagi, dia mula mendapat tahu dirinya hamil, awal Mac lalu ketika dia dan suami ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami.

Farah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu di Royale Chulan Damansara dengan menerima RM77,777.77 sebagai wang hantaran.