Farah AF2 Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan Muda 25 Disember Ini
Berita baik ini kami terima dari rakan media kami, OHBULAN!.
Agak lama sebenarnya kita tidak dengarkan cerita terbaru pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 2 ini, Farah Breep Breep.
Kisah terbaru yang kami baca, Farah AF2 di’katakan bakal bertunang tidak lama lagi.
Farah AF2 yang sudah lama tampil dengan imej bertudung ini bakal menerima kunjungan pihak lelaki 25 Disember ini di’kampung halaman beliau, Kedah Darul Aman.
Bakal suami Farah AF2 di’khabarkan seorang yang bergelar ahli perniagaan dan berumur lewat 20-an.
Tahniah dari kami buat Farah AF2 dan bakal tunang. Jangan lupakan kami jika sampai masa untuk bersanding nanti. Jemput kami makan nasi minyak ya? Ada tips? E-mail kami atau Twitter @rotikaya.
Tags: Bakal Suami Farah AF2, Farah AF2, Farah AF2 Bertudung, Fesyen Tudung, Fesyen Tudung Farah AF2, Gambar Farah AF2, Gambar Kahwin Farah AF2, Gambar Kekasih Farah AF2, Gambar Tudung Farah AF2, Gambar Tunang Farah AF2, Kekasih Farah AF2, Majlis Kahwin Farah AF2, Majlis Tunang Farah AF2, Perkahwinan Farah AF2, Siapa Kekasih Farah AF2, Tunang Farah AF2