Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelawak dan pengacara Shuk Sahar didakwa berlaku curang. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Shuk mengakui pernah mengenali wanita bernama Fara Salleh dan isterinya tahu tentang perkara itu.
Terbaru, isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan rasa marah terhadap Fara Salleh. Difahamkan, Rossalennah, berang apabila wanita berkenaan didakwa masih mengganggu rumah tangga mereka.
BACA: Shuk Sahar Akui Kesilapan, Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang
“Aku dah penah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok. Tapi lama-lama kau marah dengan aku. Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam.
“Kau sakitkan aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kau sedar tak Fara. Kau dah sakitkan aku lama sangat-sangat.
“Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku. Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu,” dakwanya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri yang disertakan dengan screenshot kiriman mesej yang dihantar Rossalennah di Instagram (IG) miliknya. Tegas Rossalennah, dia tidak akan bercerai demi kebahagiaan Fara.
“Minta maaf, jangan block unblock apa yang kau hantar semua tu. Aku tetap tak akan bercerai.
“Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kau move on juga. Doa la banyak-banyak Fara semoga Allah terima taubat. Aku maafkan dosa-dosa kau dengan Shuk,” katanya.
Difahamkan, posting itu telah dipadam selepas dikongsikan. Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Shuk mahupun isterinya berkenaan pendedahan tersebut.