Shuk Sahar Akui Kesilapan, Tak Berenggang Dengan Isteri Lepas Isu Curang
Bulan lalu hangat diperkatakan apabila pelawak dan pengacara Shuk Sahar didakwa berlaku curang. Setelah sekian lama berdiam diri, Shuk tampil menjelaskan dakwaan curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah.
Shuk mengakui pernah mengenali wanita dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya tahu tentang perkara itu. Namun, dia dan isteri sudah berbincang tidak memberi kenyataan lanjut memandangkan hal itu sudah selesai.
BACA: Shuk Sahar Tunggu Masa Sesuai Perjelas Dakwaan Curang
“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama diselesaikan.
“Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.
“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” katanya kepada mStar Online.
Shuk menjelaskan dia berdiam diri ketika isu itu tular kerana pada masa itu dia dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha. Dalam pada itu, Shuk meluahkan rasa syukur hubungannya dengan isteri sentiasa baik dan tidak berenggang sepanjang kontroversi itu diperkatakan.
“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah hubungan kami baik sahaja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami, kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan.
“Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
betulke org2 tua ckp, waktu mudo2 playboy, bila dh menikah terperap jo kat rmh…dh byk raso. Yg waktu mudo tak enjoy, tua2 umur 35 ke atas dh mencari dahi licin..
tanyo jo..betui kah..?
Lantas… Perlukah kami berlapang dada?
ending cerita isteri syuk terima dan maafkan. syuk teruskan kehidupan tanpa rasa bersalah. perempuan tu jugak yg tergadai maruah dan duit. konon cinta mati tapi palsu. moral of the story, jgn tangkap cintan dgn suami orang atau jantan mulut manis. apa pun tak dpt, sedap sama2 sakit sorang2.
Mmg nampak sgt dah kecut telor hampir2 merobohkan rumahtangga…haha lepas ni kena lebih cekap shuk oiii
reply to Wekkkkkkk says:
Aug 27, 2020 at 2:00 pm
….ooiiiii, curi lagi ke..samdol
Betul cakap @gula gula…habis manis sepah dibuang maknanya betula…hmmm jgn layan suami org menyusahkan diri…kaya tak, hensem pun tak…bini maafkan kau rugi, bini diceraikan kau dpt cemuhan…
Oiii Wekkkkkk 2:03
Kau ni mmg saja batu api nak start balik …xder nama ke ko nak amek. Nama ni aku dah guna dari dulu lg…plis pakai nama lain dan jadi lebih kretif k.lahabau betul
Ni jawapan aku utk Wekkkkk yg atas sekali.
Ada yg masa muda baik tetiba jd gatal.
Ada yg dari muda gatal dah kahwin jd baik.
Ada yg masa muda gatal. Masa dah kahwin laaaagi gatal.
Ada juga dan byk yg masa muda baik, masa dah khwin pun baik.
Byk yg gatal lebih disebut org, sbb itu lelaki yg dh kahwin dipandang serong. Padahal ada byk wanita yg curang dan jd gatal lps berkahwin juga.
Ok thanks bobo…tapi byk kawan member playboy aku dah puas mase muda bila dah kawin dia betul2 dah insaf…aku prefer bi dari yg x biase tetiba diberi dugaan awek seksi dtg menggoda..maklumlarrr xde pengalaman nak handle…ada betulnye ko tuh tapi banyak yg berubah kerna mencari ketenangan yg waktu muda tak dapat.
Kalo ikut hukum Islam yg sebenarnya Shuk ni dah arwah dah kena rejam..Curang dengan wanita lain saat ketika masih ada ikatan perkahwinan yang sah..
Tapi tula ni Malaysia..maaf je dah cukup kot
Ckp mcm Safiey Alies.. “sya pergi mekah tetap berpakaian lelaki”… ummah pon terima kembali huhu
“Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami, kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan.”
Kalau isteri buat silap dengan tidur berkali dengan lelaki lain boleh tak?
kepada semua tagline Wekkkkkkk di atas selain dri yg mula2 diatas sekali, sbb yg diatas sekali tu akulah yg original Wekkkkkkk…korang semua lah yg palsu..