RM30,000. Ya, tiga puluh ribu Ringgit Malaysia. Tiga dengan 4 kali kosong.

Itulah harga & nilai populariti seorang selebriti bernama Fara Fauzana.


Fara Fauzana dalam temubual bersana Berita Harian hari ini mengesahkan jumlah tersebut.

Dalam temubual yang di’jalankan bersama rakan setugas, Faizal Ismail, Fara Fauzana menjawab khabar angin tentang jumlah gaji bulanan beliau.

Ada desas desus mengatakan Fara Fauzana kini menerima RM30,000 setiap bulan bertugas untuk HOT FM, namun Fara Fauzana menafikan perkara itu.

Namun, Fara Fauzana tidak menolak fakta yang beliau mampu menerima RM30,000 sebulan jika beliau berpindah ke stesen radio lain.


“Saya dapat tak sampai jumlah itu, kalau berpindah ke stesen radio lain mungkin terima sebanyak itu. Tapi saya sudah selesa di HOT FM,” kata beliau kepada media.

Fara Fauzana turut mengakui yang pengunduran beliau dari program sensasi, Melodi adalah atas alasan peribadi & percaya pengganti beliau nanti mampu melakukan yang lebih baik.