Fara Fauzana Sedia Jadi ‘Nanny’ Anak Mizz Nina
Pada Mac lalu, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan berita gembira mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.
Baru-baru ini, Mizz Nina ada memuat naik perkongsian di Instagram menitipkan rasa syukur di atas ujian yang diberikan terutamanya ketika di bulan Ramadan.
BACA: Mizz Nina, Noh Salleh Ambil Anak Angkat
Menerusi entri itu, Nina berkata ujian yang diberikan Allah untuk menguji seseorang itu untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian berkenaan.
Tambahnya, ujian yang kita rasai akan menyucikan diri kita sendiri. Ujarnya, kadangkala kita perlu merasai kesakitan supaya boleh menjadi hamba Allah sentiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Mizz Nina turut berdoa agar diizinkan Allah untuk menyambut bulan Ramadan dengan yang lebih lembut dan bersedia untuk beribadah.
Malah, Mizz Nina berkata keadaan sekarang juga sangat berbeza apatah lagi dia kini bergelar seorang ibu dan diperlukan banyak nasihat.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata positif buat Mizz Nina dan paling menjadi perhatian adalah komen daripada pengacara popular, Fara Fauzana yang bersedia untuk menjadi ‘nanny’ kepada Musa jika Mizz Nina mahu keluar berbuka berdua bersama suaminya.
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
- SUMBER
- Cari Forum
Nak amik maid skang bayar sampai 15k aje x mampu laa bg org m40…
tak habis cite kena ujian, banyak nye ujian ko? Aku setakat spm je sampai sekarang dah tak de ujian
ala Lan G… hareeee la komen ko. tergelak aku ??? tu ujian peperiksaan, ujian idop la dohhh! ?
Lan G…. gulingggggggg
Jemu da si mizz nina dgn si noh asyik dgn ayat2 keinsafan sume ni..sekali dua ok gak..ni tiap kali upload citer pasal diorang msti konon2 cam trus masuk syurga ayatnya..buat2 merendah diri bagai..pastu tunjuk bahagia sesangat..sudah2 le wei anggap diri tu suami isteri cam suci bebenau..hmm ni bkn low profile namanya, ni nk menunjuk2..