Mizz Nina, Noh Salleh Ambil Anak Angkat
Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka mengambil anak angkat.
Berkongsikan berita gembira itu di Instagram lewat malam tadi, Mizz Nina berkata bayi diberi nama Musa itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
BACA: Mizz Nina Luah Rasa Syukur Rai Ulang Tahun Perkahwinan ke-10
View this post on Instagram
Menurut Nina, jauh perjalanan mereka untuk sampai ke hari ini selepas bertahun menjalani rawatan IUI, IVF, akhirnya mereka dianugerahkan anak kecil itu.
“Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.
“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,” tulisnya.
Kata Mizz Nina lagi, dia mengambil masa setahun untuk bersedia ke arah itu dan suaminya yang memberi idea untuk mengambil anak angkat.
“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini.
“Perjalanan kemanusiaan kami juga membantu saya dalam membuat keputusan ini, banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, atau tempat yang boleh mereka panggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka,” tulisnya.
Mizz Nina turut menyifatkan Musa adalah hadiah terindah daripada Allah. Ujarnya lagi, ianya cabaran baru bergelar ibu bapa namun mereka bahagia dan bersyukur dengan momen berkenaan.
“Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin,” tulisnya.
Perkongsian Mizz Nina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan rasa syukur di atas kehadiran orang baru dalam keluarga pasangan itu.
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Alhamdullilah…betul ramai anak2 yatim yg dambakan kasih sayang ibu bapa…why not? Mesti baby Musa akan dibelai seperti anak sendiri. Alhamdullilah…
Alhamdulillah..tahniah.
alhamdulillah, sepupu sy pn dpt baby express jugak,, blh pregnant, tp luar rahim.. seriously, memang anugerah terindah sgt2.. semoga baby musa tumbuh jd anak yg baik
suka cara mizz nina.. low profile sngt dan x menunjuk2 sprti kbnykkn artis..bhijrah mcm x tak berhijrah.. propa je lebih.. smoga mizz nina skeluarga sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah..
dia ni humble gle… x show off langsung sedangkn dia kaya kot…
apepn…mmg ternanti2 diorg ni ade ank..xpela ank angkat pn kire ank jgk..bertuah baby tu..
tak perlu compare dengan orang lain. nak puji mizz nina puji je la. tak perlu kutuk yang lain. mizz nina pun tak suka kalau orang puji dia, dalam masa yg sama kutuk artis lain. semua orang ada dosa, ada kelebihan dan ada kekurangan. bersihkan hati sendiri. Islam ajar untuk sentiasa fikir dan lihat kekurangan diri sendiri berbanding asyik tengok dan fikirkan kekurangan orang lain. wallahua’alam.
Aik marah ke… betul la nak compare dengan artis lain banyk yang suka menunjuk-nunjuk. Respect miss Nina memang low profile walaupun from rich family
Semoga Allah kurniakan zuriat pada Miss Nina dan suami selepas kehadiran putera Musa ini, Insyallah.. Aamiin.
Syukur alhamdulillah…diprmudahkn segala urusan
ALHAMDULILLAH..
Semoga ini membuka mata insan2 diluar sana yg masih menanti cahaya mata. Sini menunjukkan kite hny merancang Allah yg menentukan.
Ok la jugak rezeki anak Allah bagi..kalau dapat yang kembar lagi best. Tak apa pahala pelihara anak yatim, dari tak terjaga. Anak angkat pun ada kala lagi baik dari anak sendiri.