fbpx

Fara Fauzana Mahu Beri Laluan Kepada Bakat Baru

Pengacara TV popular, Fara Fauzana meluahkan hasratnya untuk membuka laluan kepada bakat-bakat baru bagi menyerlah kelebihan masing-masing didalam bidang pengacaraan.

BACA: Berhenti Kerja, Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan

“Saya berada didalam industri ini sudah terlalu lama, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakat baru untuk serlahkan bakat mereka sama seperti orang memberikannya kepada saya dahulu,” jelasnya dalam portal News Straits Time.

Walaupun tidak tercalon dalam mana-mana kategori didalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH 29), Fara tidak melatah dan merasakan ini dapat membuka peluang kepada bakat baru.

Beliau yang telah meninggalkan stesen radio Hot FM yang telah dikendalikannya untuk sekian lama, mempunyai rencana tersendiri dengan mengambil peranan mencari bakat baru didalam bidang pengacaraan.

Fara sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah didalam ABPBH sebelum ini sejak tahun 2007 dan 2005 dalam kategori Personaliti Radio Paling Popular dan Pengacara TV Wanita Paling Popular. (rkty/w)