fbpx

Fara Fauzana Dan Neelofa Gandingan Baru Sebagai Pengacara NONA

Pertama sekali, kami sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang membuatkan ramai berminat untuk mengetahui siapa pengacara baru Nona.

Berbanding dengan keterujaan sebenar untuk menyaksikan musim baru program Nona ini sendiri. Dengar cerita pengisian semakin kelam.

Semalam, TV3 mengumumkan yang program wanita popular mereka Nona akan menerima pengacara baru menggantikan Vanidah Imran yang sudah tamat kontrak’nya.

Nama Fara Fauzana sememangnya menjadi sebutan namun Neelofa merupakan satu kejutan dari Primeworks Studios yang berharap gandingan mereka akan membawa Nona ke satu aras yang baru.

Komen awal dari peminat yang kami pantau secara online rata rata sebenarnya kurang peduli dengan siapa pengacara Nona ketika ini sebaliknya mereka lebih prihatin dengan isi kandungan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pengisian Nona di’katakan semakin turun kualiti’nya dan ini menyebabkan penonton mula berubah selera dan usaha memperkenalkan pengacara sensasi pastinya bukan jalan penyelesaian.

Apa kata anda?