fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.395)

VIDEO HARI INI: Untuk episod terbaru siri Youtube Clueless Gamer, Conan O’Brien mengimbau memori dengan bermain permainan video klasik di Atari 2600 — kami yang tua ini tidak pernah main. Heh.

Selepas Harisson Ford sah menggantikan Bruce Willis, Expandables 3 menyaksikan dua orang lagi nama besar akan menyertai siri filem itu iaitu Antonio Banderas dan juga Mel Gibson. Fuyoo! – THR

Menjana lebih US$10 juta sepanjang tahun lalu, perbelanjaan Britney Spears untuk pakaian dan juga dandanan diri beliau jauh lebih murah dan mengejutkan pada US$35,000. Penjimat meh? – TMZ

Nampaknya pasangan Katy Perry & John Mayer membawa hubungan cinta mereka ke satu tahap baru apabila melahirkan sebuah lagu bersama berjudul Who You Love yang ke udara baru baru ini. – US Weekly

Dalam satu temubual, penyanyi solo Korea Lee Jung Hyun mendedahkan yang beliau berminat untuk terlibat dengan program We Got Married & memilih ahli Big Bang, G-Dragon sebagai pasangan. – Soompi

Berkata yang sambutan Aidilfitri kini tidak semeriah ketika arwah ayah masih ada, Nur Fazura akan membawa ibunya ke London untuk bercuti dan akan berada di sama selama dua minggu. – Berita Harian