fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi Beraya Hari Ini (N.394)

VIDEO HARI INI: Ada kembar banyak kebaikan sebenarnya — contohnya anda boleh lakukan prank yang awesome begini. Heh.

Nampaknya lagu terbaru bintang pop, Katy Perry telah bocor awal ke internet dan anda boleh dengarkan sekarang lagu berjudul Roar ini yang juga sebahagian dari album terbaru beliau nanti. – Just Jared

Bekas penari latar dan juga bekas suami Britney Spears, Kevin Federline telah selamat mengikat tali perkahwinan dengan teman wanitanya Victoria Prince baru baru ini di Las Vegas. – People

Selepas beberapa minggu Hollywood suram dengan filem hebat, Elysium berjaya tampil pada Jumaat lalu dengan kutipan tiket US$11.2 juta mendahului filem lain yang turut membuka tayangan. – EW

Terus di’label Wedding of the Year oleh media di Korea Selatan, majlis perkahwinan aktress Lee Min Jung & aktor popular Lee Byung Hun dihadiri lebih 900 orang termasuk para selebriti. – Soompi

Selepas berkahwin, pelakon dan penyanyi Izzue Islam lebih menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain. – mStar Online