fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.98)

Lagenda muzik dunia yang masih di’ingati sehingga ke hari, Kurt Cobain di’katakan sedang sibuk dengan persiapan album solo sebelum meninggal dunia secara mengejut. Dunia terlepas karya yang mungkin terbaik dari beliau. – THR

Baru sahaja bertunang, gambar perkahwinan Brad Pitt & Angelina Jolie akan datang sudah di’ramalkan bakal terjual hampir US$5 juta. Sebenarnya jauh lebih rendah berbanding gambar eksklusif anak mereka pada tahun 2008, terjual untuk US$14 juta. Gila. – Huffington Post

Forbes hari ini senaraikan lima selebriti dalam industri hip hop terkaya untuk tahun 2012 & Sean ‘Diddy’ Combs merajai senarai dengan nilai harta US$550 juta di’ikuti Jay-Z (US$460 juta), Dr. Dre ($270 juta), pengasas Cash Money Records, Bryan ‘Birdman’ Williams ($125 juta) & 50 Cent ($110 juta). – Forbes

Supermodel kegemaran kami, Miranda Kerr  (gambar) baru baru ini hadir ke sessi fotografi untuk Reebok Easytone di Munich dan beliau tidak teragak agak untuk menunjukkan betapa bertuahnya Orlando Bloom dengan gaya fleksibel sebegitu. Fleksibel. Hmm. – Celebslam 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya bergerak ke platform yang merupakan pilihan terakhir sesiapa pun untuk menonton TV, telefon bimbit. Mereka melancarkan siaran saluran RTM secara mobile bersempena ulangtahun ke 166. – The Malaysian Insider

BONUS: Trailer filem Looper lakonan Joseph Gordon-Levitt, Bruce Willis & Emily Blunt.