Mencari prospek perkahwinan baru atau sekadar menjalankan tugas, Heidi Klum beraksi hampir bogel dan bercerita tentang perpisahan beliau bersama Seal untuk majalah Allure edisi Mei 2012. – E! News
Filem biografi indie Steve Jobs akan memfokuskan kepada tahun tahun awal kehidupan pengasas jenama Apple tersebut & berkata projek untuk menghasilkan filem ini sudah pun bermula sejak Ogos 2011. – CBS News
Anggota kumpulan SNSD (Girl’s Generation), Yuri (gambar) telah di’pilih sebagai selebriti hiburan Korea yang memiliki bentuk badan paling menarik menerusi satu undian rambang di rancangan televisyen Show Champion. – Allkpop
Kepada yang belum tahu, Brad Pitt & Angelina Jolie telah pun mengikat tali pertunangan sebagai langkah pertama untuk hubungan lebih serius setelah sekian lama bersama. Jennifer Aniston tidak peduli akan hal ini. – Celebitchy
Beberapa hari lalu, kemunculan Tupac Shakur dalam versi hologram di’pentas festival muzik Coachella menjadi bualan ramai & pihak yang bertanggungjawab berkata figura legenda ini mungkin akan membuat siri jelajah beliau sendiri — dengan hologram. – Wall Street Journal
http://www.youtube.com/watch?v=ajVGIRsKXdo