fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.95)

Selepas hampir 30 tahun menjadikan rumah agam ini sebagai kediaman rasmi, Harrison Ford menjual kediaman mewah beliau di Brentwood, LA untuk US$8.3 juta. Lebih 8 kali ganda pelaburan pada tahun 1983. – Fox News

Ini sebenarnya satu perkembangan yang baik untuk Ashton Kutcher selepas di’sahkan bakal membawa watak Steve Jobs, lelaki kacak ini di’lihat keluar bersiar siar bersama seorang wanita yang masih samar sama ada sekadar kawan atau kekasih. Hmm. – Lainey Gossip

Kalau anda terlepas, ini barisan gambar yang menunjukkan Emma Watson (gambar) di’set lokasi penggambaran filem The Bling Ring dengan pakaian yang agak seksi tetapi masih selamat. Heh. – The Superficial

Ini pula jika anda peduli, SNSD (Girl’s Generation) tampil dengan iklan televisyen terbaru untuk jenama tilam Ace Bed dan aksi Yoona pada permulaan video sebenarnya mengundang banyak reaksi peminat. Hmm. – allkpop

Tahukah anda yang The Avengers sudah pun di’tayangkan secara eksklusif kepada sekumpulan elit Hollywood dan ini bermakna ada manusia yang sudah pun menyaksikan filem ini secara penuh sebelum kita semua. Ini galeri karpet merah. – Speakeasy