fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.94)

Selepas berbulan lama’nya berpisah, Marc Anthony hari ini mengesahkan yang beliau kini sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Jennifer Lopez. Tidak guna SMS. – NY Daily

Nampaknya Lindsay Lohan masih tidak serik bermain dengan undang undang apabila ada saksi melaporkan yang beliau menyerang seorang wanita di sebuah hotel. – TMZ

Bintang di Indonesia, Agnes Monica (gambar) di’khabarkan kini sedang intim dengan seorang jejaka yang memiliki kemungkinan teman lelaki beliau. – Kapan Lagi

Nurul Halimin berjaya di’hubungi oleh wartawan dan beliau enggan memberikan sebarang komen tentang siapa Sham Kamikaze dalam hidup beliau. Tiada penafian dari pihak perempuan, hmm really? – mStar Online

Britney Spears. Ya Britney Spears bakal menerima US$15 juta untuk tampil sebagai juri dalam program X-Factor dan ini yang tertinggi mengatasi bayaran Jennifer Lopez, US$12 juta. – E! News