fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.89)

Kalau anda memiliki wang lebihan sebanyak US$6 juta & bergelar Justin Bieber, ini keadaan rumah agam mewah yang kini sudah pun menjadi milik sah anda. Tahniah & boleh bawa teman wanita anda balik sesuka hati. Eh. – CDL

Selepas tempoh 48 jam yang agak hangat dengan pelbagai versi, Dira Abu Zahar tampil memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat memberikan apa apa penjelasan lanjut. Hmm. – MURAI

Para penunggu filem berskala epik The Avengers, ini klip 43 saat aksi penuh pergerakan awesome Scarlett Johansson (gambar) yang bakal muncul dalam filem ini nanti. Oh Black Widow – Just Jared

David Letterman yang popular dengan Late Show beliau bakal memecahkan rekod sebagai program bual bicara paling lama bersiaran di kaca TV selepas kontrak’nya di’sambung sehingga 2014. – Fox News

Justin Timberlake nampaknya telah berjanji kepada kekasih hati, Jessica Biel yang mereka bakal memiliki majlis perkahwinan yang besar & gemilang, menurut sumber terdekat dengan pasangan ini. – Celebuzz