Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.86)

Kalau anda tidak teruja untuk tunggu filem blockbuster lain’nya, Katy Perry umumkan yang anda hanya perlu menunggu sehingga 4 Julai 2012 ini untuk saksikan filem pertama beliau. Hmm. – RTE

Tahniah buat Azza (Elite) selepas kini sah bergelar isteri kepada pramugara AirAsia, Azlan Zulaily dalam majlis serba sederhana semalam. – mStar Online

Winnie K yang baru baru ini mencipta kontroversi dengan gaya separuh bogel dalam iklan pakaian dalam di Jepun berkata tiada apa yang perlu beliau bimbangkan dengan imej tersebut. – The Star

Segala cerita terbuka semula dengan penayangan Titanic 3D dan Kate Winslet berkata beliau boleh muntah mendengar lagu soundtrack untuk filem tersebut yang di’nyanyikan oleh Celine Dion, My Heart Will Go On. – Fox News

Charlize Theron (gambar) sekali lagi menjadi mangsa penggodam apabila maklumat peribadi beliau di’telefon bimbit terbongkar. Tetapi tiada gambar bogel atau terlampau. Too bad. Heh. – Just Jared

×