Anda tahu bukan yang Titanic 3D bakal ke pawagam? Aktress utama, Kate Winslet berkata beliau mungkin tidak berani untuk menonton adegan bogel beliau dalam filem ini nanti. – Zee News

Penyanyi popular, Taylor Swift bakal menerima anugerah khas daripada Wanita Pertama USA, Michelle Obama pada Nickelodeon Kids Choice akan datang. – Splash


Sara Ali, bintang dalam filem terbaru yang bakal ke’pawagam Jangan Pandang Pandang berkata beliau tidak mahu selalu muncul di khalayak peminat demi nilai eksklusiviti. – mStar Online

Selepas beredar gossip liar mengatakan penyanyi ini kini bercinta dengan Ashton Kutcher, Rihanna muncul membuat penafian dan kini gembira dengan kehidupan solo. – The Superficial

Salah seorang ahli kumpulan pop Korea SNSD (Girl’s Generation), Jessica (gambar) sebelum ini telah di’gossipkan menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. SM Entertainment tampil menafikan. – allkpop