fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.84)

Sebagai salah satu percubaan untuk kembali relevan, Lindsay Lohan telah pun mendapat watak kemunculan khas untuk siri TV popular Hollywood, GLEE. – CBS

Nampaknya demam filem The Hunger Games sudah pantas tersebar dan ini sebuah majlis perkahwinan bertemakan filem tersebut. Semangat. – Buzz Feed

Selebriti sensasi Hollywood, Megan Fox kini mungkin sedang mengandung anak pertama hasil perkahwinan dengan Brian Austin Green. Mungkin. – Radar Online

Pengakuan eksklusif Fouziah Gous (gambar) yang selama ini bermain tarik tali. Beliau sahkan yang kini sedang berkasih dengan Datuk Seri berstatus duda. Anda pasti tahu siapa gerangan VIP itu. Eh. – mStar Online

Perkhabaran terbaru mengatakan yang Justin Bieber kini sudah hampir untuk memiliki sebuah rumah agam mewah seluas 9,000 kaki persegi. Tetapi beliau sudah mula kecewa kerana peminat sudah tahu. – TMZ