Video klip terbaru Katy Perry paparkan penyanyi ini yang gigih menyertai tentera. Tetapi, masih menafikan ia’nya ada berkaitan dengan kisah penceraian beliau bersama Russell Brand. – Youtube

Yusry KRU terkejut yang isteri’nya, Lisa Surihani tidak tunjukkan sikap yang cerewet sepanjang tempoh berbulan madu di Eropah baru baru ini. – mStar Online


Satu laporan menyebut yang rangkaian TV yang kini sedang bertatih, Oprah Winfrey Network (OWN) bakal mengalami kerugian lebih US$140 juta untuk tahun 2012. – Business Week

Dewi Perssik bakal kembali dengan filem terbaru yang bakal menampilkan Rowan Atkinson yang popular dengan watak Mr Bean sebagai hantu pocong. Industri filem Indonesia, apakah ini semua? – Kapan Lagi

Dalam dunia internet, Kristen Stewart (gambar) terkenal dengan jolokan pelakon yang hanya mampu bawakan pelbagai situasi tanpa perubahan ekspresi wajah. Ini koleksi gaya terbaik beliau. – The Frisky