fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.76)

Animasia Studio akan promosikan filem terbaru mereka Bola Kampung The Movie yang kini sudah pun masuk fasa produksi di Hong Kong International Filmart 2012. – Bernama

Perancang utama di’sebalik semua kempen KONY 2012, Jason Russell telah bertindak seperti orang hilang akal baru baru ini & semua’nya terakam dalam video. Ubah dunia? Hmm. – TMZ

Dua orang penyanyi yang masing masing baru sahaja selesai menghiburkan peminat mereka di Malaysia, Jessie J dan Tinie Tempah kini di’khabarkan sedang bercinta. Aww. – Daily Mail

Ada sebab kenapa kami tidak menulis tentang isu perbalahan antara penyanyi rap, Caprice bersama seorang kerabat. Namun, artikel ini menjelaskan hampir semuanya bersama komen yang ideal. Fist bump!Tuah Teja

Heroin baru untuk filem Spider-Man, Emma Stone (gambar) telah hadir ke WonderCon 2012 sebagai panel untuk membincangkan filem terbaru beliau itu bersama pengarah, Marc Webb. – Just Jared